Blog DeCrewz Ditutup – Bukan Salah Nuffnang

June 8, 2011

Salam & selamat sejahtera kepada semua pelawat yang selalu berkunjung ke blog deCrewz ini. Sebelum itu, Jai inginmengucapkan ribuan terima kasih kepada pelawat yang selalu menghabiskan masanya di blog ini yang nak kata penuh dengan info tu takdelah, cuma mungkin ada yang boleh diguna pakai sebagai rujukan.

Betul ke Jai nak tutup? Rasanya betul la kot. Tutup hanya sementara..he3. Sekarang awal bulan. Bandwidth pun dah tinggal 5%. Eh, berapa bandwidth blog ini yer? Jangan tanya yer sebab hakikatnya sekarang asyik kekurangan bandwidth. Kalau dulu, banyak berlebihan, sekarang dah tak macam dulu lagi.

Untuk statistik kalau korang tengok pada sidebar yang bertajuk Artikel Popular, Jai cukup pelik bila Maharaja Lawak Minggu ke 9 lagi banyak ‘hits’ dari Maharaja Lawak Minggu ke 10 dalam blog ini padahal Minggu ke 9 Jai takde pula buat entry secara live. Mungkin silap strategi kot..ha3

Andainya lepas ini ada kawan-kawan yang datang melawat tapi tak dapat nak buka lagi, faham-faham la yer. Tunggu jelah hujung bulan untuk aktif semula. Sebab utama bukan bandwidth, tapi ada sebab lain juga. Fuhh.. Google tak suka tu, alexa lagilah tak suka.. ngeee..

Tapi, apa-apapun, kunjungan ke blog rakan-rakan tetap macam biasa, cuma blog sahaja yang mungkin tak berupdate lepas ini buat sementara waktu. Kalau ada update tu, memang salah tangan la. Gatal nak update jugak..ha3

Bagi siapa-siapa yang nak copycat info dalam blog ini tanpa kredit, silakan. Tiada halangan dari Jai..he3. Lesen besar tu… :norose:

Selama 6 bulan Jai ber’blog’, apa yang Jai lihat dari nuffnang ialah, ramai juga yang kecewa. Kenapa yer? Lain orang lain pengalaman.  Kalau ikutkan pengalaman Jai, masa mula-mula Jai ber’blog’ dengan berbekalkan traffik harian blog 100-200, BE mencurah-curah datang. Tapi bila Jai mula faham dunia blog untuk mencari traffik (bukan traffik murahan yer..ha3), BE (Buffered Earning) langsung tak dapat walaupun traffik harian 1riban ke 2riban. Adakah benar Nuffnang Pilih Bulu?

Banyak diluar sana tunjukkan cara-cara nak dapat BE. Korang boleh tengok penjelasan dari Nuffnang panjang berjela ni :

Sebenarnya, apa yang anda cuba maksudkan ialah kempen CPM, bukan “Buffered Earnings”. Buffered Earnings, Metered Earnings, etc sebenarnya hanyalah istilah yang digunakan untuk kempen CPM.
Untuk mendapat ruang “Buffered Earning” pada “Earnings” anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPM. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut :
Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sararan mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi.
Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.
Sebagai contoh, sesuatu unit iklan “Skyscraper” seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan “Leaderboard” yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan “Large Rectangle” pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.
Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.
Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.
Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang “Buffered Earning” adalah sangat cerah!
Good luck dan selamat berblogging!
Cheers,
Thara Sofian
Blogger Relations
Nuffnang Sdn Bhd
 
Sumber : MyGlobalNetworks.com

Disitu terang-terang pihak Nuffnang bagitau pada ayat yang terakhir ‘JIKA NASIB MENYEBELAHI ANDA‘. Nasib dengan rezeki tak sama ke? Bagi Jai simple je, mungkin belum ada rezeki. Sebagai orang Islam, kita kena sedar bahawa segalanya datang dari Allah, dan kita sebagai manusia hanya mampu berusaha dan berdoa, bukan melenting sana sini. Kalau dahulu kita agung-agungkan kerana kita dapat BE dan dah cashout pun earning kita tu tapi sekarang bila dah tak dapat BE, macam-macam kata yang keluar. Peringatan ini bukan untuk orang lain, tapi untuk Jai sendiri yang ada masanya melenting juga.

Hepi blogging to all…

p/s : Ada masa kita perlukan tumpuan pada sesuatu perkara untuk selesaikan suatu perkara yang lain. Cerita tepi kain ok lagi, dalam kain takkan nak cerita kat orang lain kot..  :p


PERHATIAN!! Kebanyakan link luar dalam blog ini menggunakan sistem Adf.ly & adfoc.us.Cara menggunakannya, klik pada linktunggu 5 saat, kemudian tekan butang  tanda "X" ataupun “SKIP AD” ataupun “SKIP”bahagian atas kanan. Siap.


GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...

Previous post:

Next post: