Bagi yang dah lama dalam dunia blog, rasanya faham benarlah apa itu Domain dan apa itu Hosting. Tapi ramai lagi diluar sana yang tak faham apa itu hosting dan domain kan. Ada sesetengah orang anggap domain dan hosting itu sama. Domain dengan hosting jauh berbeza tetapi mestilah bersama.
Disini aku akan memberikan penjelasan yang ringkas serta basic sahaja dan harap-harap korang boleh faham.
Domain
Domain adalah alamat blog, URL, web.
Contoh :
2. http://decrewz.blogspot.com
3. http://decrewz.wordpress.com
Domain yang pertama adalah jenis yang berbayar. Korang perlu membayarnya mengikut kadar yang ditetapkan. Biasanya pembayaran dilakukan setahun sekali sahaja. Untuk melihat harga domain, boleh rujuk DISINI.
Domain kedua dan ketiga pula adalah percuma. Yang mana korang hanya perlu mendaftar di Blogger.com ataupun WordPress.com.
Hosting
Hosting adalah tempat penyimpanan data.
Segala artikel, gambar, video, audio dan segala yang terdapat dalam blog anda akan dimasukkan dalam hosting. Tak perlulah nak pening macamna cara ianya disimpan. Apabila korang save sahaja file korang, secara automatik ianya akan disimpan didalam hosting. Ianya berfungsi seperti hard disk yang menyimpan segala jenis file.
Untuk melihat harga Hosting boleh tengok DISINI.
Bagi yang berminat untuk menggunakan Domain dan Hosting berbayar, aku cadangkan lebih baik korang menggunakan hosting yang terbaik. Untuk membeli domain tak kisah korang nak beli dengan syarikat mana pun, yang penting ialah hosting kerana ianya mempengaruhi kepantasan blog korang dan akan datang korang takkan sakit hati apabila blog selalu down disebabkan oleh peyedia pihak hosting.
Pengalaman aku menggunakan 5 hosting untuk 5 blog dengan syarikat yang berlainan, aku rasa NetKL adalah yang terbaik setakat ini dari syarikat penyedia hosting yang lain dan ianya murah.
PERHATIAN!! Kebanyakan link luar dalam blog ini menggunakan sistem Adf.ly & adfoc.us.Cara menggunakannya, klik pada link, tunggu 5 saat, kemudian tekan butang tanda "X" ataupun “SKIP AD” ataupun “SKIP”bahagian atas kanan. Siap.
loading...
loading...

