RAJA LAWAK MUSIM 6 | RL6
Raja Lawak 6 akan bersiaran secara langsung bermula pada 13 Januari 2012 setiap Hari Jumaat jam 10 malam di Astro Warna Saluran 132.
Setelah 5 tahun berturut-turut bersiaran di Astro Prima saluran 105, akhirnya pihak Astro telah membuat keputusan untuk menyiarkan program Raja Lawak 6 (RL6) menerusi Astro Warna dalam pakej Astro Mustika.
Selain menukar saluran TV, RL6 turut menampilkan konsep baru dengan mewujudkan sistem Chief Besar (Ahmad Idham) dan anggota kecilnya Chief Kecil yang terdiri daripada Pak Yus, Angah dan juga Taukeh Raja Lawak. Sistem ini kali pertama diperkenalkan dan ia sama sekali tidak pernah dilakukan dalam penganjuran RL musim 1 hingga musim ke-5.
Pembaharuan yang dibuat adalah dengan penambahan tenaga pengajar iaitu Cif Besar dan Cif Kecik yang bertanggungjawab untuk mengasah bakat dan membantu peserta merangka persembahan komedi mereka. Para penonton berpeluang untuk memilih peserta pilihan mereka dengan menggunakan SMS.
Musim kali ini, setiap peserta RL akan dibahagikan kepada 3 kumpulan yang mana mereka akan diterajui oleh 3 orang pelawak tempatan sebagai guru. 3 orang guru bertindak sebagai penasihat dan dikenali sebagai Cif Kecik. Dalam pada itu, 3 Cif Kecik ini pula akan dipantau dalam pengawasan seorang Cif Besar.
Dalam pada itu, RL6 masih mengekal Johan atau Mohd Yazid Lim Mohd Aziz dan Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak sebagai hos utama RL6 yang sememangnya diakui oleh pihak produksi bahawa mereka adalah daya tarikan program yang berteraskan komedi dan lawak jenaka tersebut.
Jangan lupa ikuti perkembangan terkini melalaui fan page Raja Lawak 6 disini: http://www.facebook.com/RajaLawakMusim6 dan update cerita terbaru dari Astro http://www.astro.com.my/rajalawak/
Biodata setiap peserta RL6 ini boleh tengok pada link dibawah :
Senarai Peserta Raja Lawak 6 Dan Profile Raja Lawak 6
PERHATIAN!! Kebanyakan link luar dalam blog ini menggunakan sistem Adf.ly & adfoc.us.Cara menggunakannya, klik pada link, tunggu 5 saat, kemudian tekan butang tanda "X" ataupun “SKIP AD” ataupun “SKIP”bahagian atas kanan. Siap.
loading...
loading...
