7 Perkara Jangan Diamalkan Selepas Makan

Lamanya Jai tak update blog. Minggu ni Jai terlalu sibuk sampaikan tak sempat nak reply komen kawan-kawan, apatah lagi blogwalking. Tapi Jai akan cuba untuk membalas komen korang dan  blogwalking semampu yang mungkin. Minggu ni Jai banyak benda nak buat, kerja shif 12 jam sehari, balik kerja nak uruskan adik yang sakit lagi.

Berbalik pada tajuk yang asal untuk hujung minggu ini, Jai nak kongsi 7 perkara yang mana jangan diamalkan selepas makan. Makan yang Jai maksudkan ialah makan makanan berat-berat seperti nasi, bukan makan gula-gula atau biskut yer. Untuk jaga kesihatan, makan tu cukup penting dan pemakanan kita pun penting. Tapi korang tahu tak apa yang korang tidak patut amalkan selepas makan?

1. Merokok

Kajian para pakar membuktikan bahawa merokok selepas makan adalah sama seperti korang merokok 10 batang rokok walaupun korang merokok hanya sebatang (kemungkinan untuk mendapat penyakit kanser adalah tinggi).

2. Minum Teh / Air Sejuk

Dauh teh mempunyai kandungan asam yang tinggi yang mana ianya akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang kita makan sukar untuk dicerna. Sebenarnya Jai kurang pasti pasal ni sebab berbeza-beza keputusan kajian yang diterima. Lagipun Jai sendiri mengamalkan minum teh lepas makan dan tiada masalah. Air sejuk pun salah 1 penyebab makanan sukar untuk dicerna. Bagi kaum adam, mengamalkan minum air sejuk lepas makan boleh melemahkan tenaga batin. Eloklah diamalkan minum air yang suam dahulu selepas makan kemudian barulah diikuti dengan air sejuk. Ini mengikut petua orang-orang tua.

3. Longgarkan Tali Pinggang

Sekiranya korang tengah makan, jangan longgarkan tali pinggang yang korang pakai serta merta kerana ianya boleh menyebabkan usus terbelit dan tersekat. Sekiranya nak longgarkan tali pinggang, eloklah dilakukan sebelum makan.

4. Berjalan Terus

Sesetengah orang ada mengatakan bahawa berjalan terus selepas makan boleh memanjangkan usia. Ini tidak benar kerana berjalan bertuerusan selepas makan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang kita makan tadi.

5. Mandi

Mandi akan meningkatkan aliran darah ke tangan, kaki dan tubuh yang menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan terus berkurang. Bila ini terjadi, ianya akan melemahkan pencernaan dalam perut kita.

6. Tidur

Makanan yang kita makan tidak dapat dicerna dengan baik dan boleh menyebabkan radang usus dan sakit perut. Rasanya tidur selepas makan sudah menjadi trend dan kebiasaan. Sape yang rasa lepas makan tengahari tidak rasa mengantuk tekan mouse laju-laju..he3. Berbeza dengan makan malam.

7. Bayar

Dan yang paling penting ialah JANGAN LUPA BAYAR jika korang makan di restoran sebab nanti apa korang nak jawab bila masuk dalam kubur?

Sumber : DeshForum

BUAT DUIT LUMAYAN TANPA MODAL DI FACEBOOK!!

PERHATIAN!! Kebanyakan link luar dalam blog ini menggunakan sistem Adf.ly. Cara menggunakannya, klik pada linktunggu 5 saat, kemudian tekan butang  tanda "X" ataupun “SKIP AD” warna kuning bahagian atas kanan. Siap.


GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
 

Tentang Penulis

Penulis adalah seorang part-timer blogger berminat dengan dunia grafik, blogging dan juga bisnes. Untuk sebarang pertanyaan, sila KLIK DISINI

More posts by | Visit the site of admin_deCrewz

 

109 Comments

  1. redza says:

    tngok tb smbil
    desert

  2. hanif says:

    tips yang memang best. yang last tu paling betul hehehe…

  3. iLa says:

    hmm.. abis tu lepas makan elok buat ape? :?

  4. Rahsia Buah Pinggang Sihat says:

    Salam bro,

    Tip yang bagus.Di sini suka untuk saya tambah satu tip untuk sebelum dan selepas makan yang mana ianya memang sangat dianjurkan untuk dilakukan.

    Selain mendapat pahala sunnah ianya juga baik untuk kesihatan.Perkara yang patut dilakukan sebelum makan ialah eloklah dimakan buah terlebih dahulu.Ini kerana buah merupakan makanan yang mengandungi serat,jadi lebih mudah untuk dihadam oleh perut.

    Selepas makan pula eloklah dihisap jari-jemari.Ini kerana pada jari kita juga terdapat satu enzim yang memudahkan proses penghadaman.

    • admin_deCrewz says:

      Betul 2, jai sokong.. Sebelum dan selepas yang bro nyatakan ni biasa nabi kita Muhammad SAW amalkan.. Apa yang nabi kita buat tu semuanya sunnah dan bila saintis kaji apa yang nabi buat tu mesti ada kebaikannya..

  5. aktechpage.com says:

    Hahahahah, tips no. 7 paling sempoi…
    Nasib baik lah aku amalkan minum air suam selepas makan, xde la lemah kot, heheheheh…

  6. nuriz says:

    ayah saya selalu marah kami adik beradik time makan jgn minum nanti kena lelah, sampai sekarang terlekat dah tabiat, lepas mkn dan masa makan tak minum air, 30 min lepas tu baru minum…

    ada yg kata minum lepas makan ni perut buncit heheh
    tak tau betui k dak

    • admin_deCrewz says:

      Rasanya tengok jugak cara pemakanan.. Kalau nasik tu dah sebesar gunung, perut pun sbesar gunung jugak la..hu3

  7. fitri says:

    nombor tujuh yang paling best tu..hahaha

    selalunya hanya akan minum setengah jam selepas makan…

  8. buyat says:

    no tujuh paling style skali. hehe

  9. mekar says:

    Semua yg jai tulis ni ada kebenarannya. Cuma Minum Teh tu yg xpenah tahu pula!
    Yg seelok2nya kalau minum air adalah slps 1/2 jam makan.

    • admin_deCrewz says:

      Jai pun 1st time dengar.. Ada sumber mengtakan beul dan ada salah.. terpulang pada diri sendiri..he3 (jai pun amalkan jugak..hu3)

Leave a Comment

 




 

 

Promosi 2012