Cara Semak Kelayakan Masuk IPTA | Salam adik-adik semua. Entry ini khas kepada adik-adik terutamanya Lepasan SPM 2010 yang akan mengetahui keputusan SPM pada 23 Mac ini. Sebelum itu nak tanya, kemana hala tuju adik-adik selepas ini? Sambung belajar? Kerja? Menganggur? Ataupun jadi suri rumah sepenuh masa? Erk.. Tak faham? Kahwin la tu..
Bagi lepasan SPM tahun 2010 ini, kerajaan dah ambil inisiatif untuk memudahkan adik-adik yang berminat untuk menyambung pelajaran ke IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam). Untuk IPTS (Institut pengajian Tinggi Swasta) tak perlulah Jai cerita disini sebab IPTS nak apply bukanlah sesusah mana yang adik-adik fikirkan. Bukan adik yang cari diorang, tapi diorang yang cari adik. Kalau tak percaya, tunggu sajalah surat-surat IPTS bertimbun-timbun sampai kat rumah nanti.
Pertama sekali, UPU dah buatkan satu laman web untuk memudahkan adik-adik semak kelayakan melalui online sahaja. Tak perlulah juling mata lagi nak baca borang yang setebal novel untuk semak satu persatu kelayakan adik-adik. Apa yang perlu dibuat ialah dengan klik pada pautan dibawah :
SISTEM SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN MASUK IPTA
Ok, lepas dapat keputusan SPM nanti, jangan lupa semak. Memudahkan bagi adik-adik mengetahui status kedudukan adik selepas SPM. Disitu juga adik-adik akan tahu IPTA mana yang adik boleh apply dan aliran mana yang sesuai untuk adik sambung belajar. Selamat berjaya.
PERHATIAN!! Kebanyakan link luar dalam blog ini menggunakan sistem Adf.ly. Cara menggunakannya, klik pada link, tunggu 5 saat, kemudian tekan butang tanda "X" ataupun “SKIP AD” warna kuning bahagian atas kanan. Siap.
loading...
loading...
![deCrewz [dot] com](http://www.decrewz.com/wp-content/uploads/2012/03/Banner-New-copy-2.png)



45 Comments
[...] keputusan, kena balik semula ke sekolah nak semak keputusan UPU . Sekarang semuanya dihujung jari.. Biasiswa pun siap ada ditawarkan lagi pulak tu..bertuah [...]
He3… Boleh confirm dapat x?
Xpelah.. Doa byk2, insyaalh ada rezeki tu..
senang sungguh adik2 kita sekarang ni kan.kaau kita dulu puas la menunggu pakcik2 posmen hantar surat jawapan.yang sampai hanyalah surat mengatakan surat permohonan sudah sampai..adehh…TQ Jai..adik aku ada gak baru habis spM.
sAFIYYAH MESTI SENYUM SAMPAI KE TELINGGA KAAU BACA ENTRY KO NI..HAHAHAHAHAH…gurau jer
Itulah.. Dulu masing2 dok sibuk telepon umah bagi yang dah kje luar tanya surat dah sampai ke belum… Sekarang dah maju beb..
dah lepas dah benda2 ni. dulu memang kelamkabut.
Ps: SEO ni kikiki
Bro dpt masuk la IPTA?