Mesej SMS Minuman Tin Pepsi Dan Coke Tercemar Darah HIV
Difahamkan, semalam agak kecoh dengan SMS yang diterima oleh beberapa individu di Malaysia kononnya ada pekerja yang telah mencemarkan minuman tin Pepsi dan Coke dengan menitiskan darahnya yang berpenyakit HIV kedalam minuman tin berkenaan.
Berikut adalah mesej yang dihantar kepada orang ramai:
Utk beberapa hari akan datang, jangan mengambil minuman dari mana – mana produk dari syarikat Pepsi, Tropicana juice, Slice, 7UP, Coke dan lain – lain kerana ada pekerja dari syarikat itu telah menambah darahnya yang tercemar dengan HIV. Tengok Ntv7. Sebarkan kepada orang tersayang
Walaubagaimanapun, kebenarannya masih menjadi tanda tanya. Mungkin ianya hanya sekadar untuk menjatuhkan jenama minuman terkenal Pepsi dan Coca-cola. Mungkin ada yang percaya kerana ianya siap dimaklumkan bahawa ianya telah disiarkan di NTv7 bahawa minuman itu kononnya tercemar dengan HIV.
Selok-eloknya jangan kita cepat melatah dengan isu sensitif macam ni kalau tidak mahu termakan diri sendiri. Kalau benar dalam Pepsi dan Coke ada darah HIV, awal-awal lagi dah keluar TV. Apa-apapun, kita tunggu jelah syarikat minuman Pepsi dan Coke melatah dulu yer..
Update : Menurut blog segalacerita.com, ianya adalah palsu yang mana cerita ni sebenarnya dah lama disebarkan tetapi bukan di NTV7 tetapi di ND TV. Aku rasa, mungkin orang nak buat April Fool untuk 1 Disember (Hari Aids Sedunia). Bulan April 2012 nanti baru mesej terbaru minuman pepsi dan coke ada HIV ni terjawab..ha3
PERHATIAN!! Kebanyakan link luar dalam blog ini menggunakan sistem Adf.ly. Cara menggunakannya, klik pada link, tunggu 5 saat, kemudian tekan butang tanda "X" ataupun “SKIP AD” warna kuning bahagian atas kanan. Siap.
loading...
loading...
![deCrewz [dot] com](http://www.decrewz.com/wp-content/uploads/2012/03/Banner-New-copy-2.png)


11 Comments
mcam2 la kes skang ni..
xd
xteliti ke.kilang tu amek pekerje yg berpenyakit…HIV lak tu x logik lansung……….
biar betol, mcm xpercaya jer…
susah nak pecaye tpi boleh dipercayai.
yer ker ni mcm tak percaya jer
Aku minum mecca kola jer he3…mmg boleh menjatuhkan reputasi Coca Cola…macam2 cerita dengar pasal ni.
dah lama tak minum 2 air nih. hehe..
Aku dah agak.. org malaysia ni suka sebarkan citer2 palsu, pastu jadi panik tak tentu pasal.. haha.. hebat betul zaman internet skrg ni, dulu xde la kes camni..
Hehe.. HOAX tu bro.. saya ada jelaskan dalam en3 baru juga tadi petang.. ^_^ segalaceritera.com/atik/2011/12/03/virus-hiv-dalam-pepsi/
He3.. Ntah sapelah ngong antar SMS ni..