Apa rancangan korang untuk cuti Perayaan Tahun Baru Cina ini? Jai kena kerja, korang macamana? Ada yang bercuti, ada yang tak kan. Apa-apapun yang bercuti Jai ucapkan selamat bercuti dan berhati-hati ketika memandu. Bagi yang guna kenderaan awam, tengok-tengokkan pemandu bas, kalau rasa-rasa bas tu dah kekiri kekanan, kasi ketuk sikit kepala pemandu bas (itupun kalau korang rasa nak kena turunkan tengah jalan la..ha3)
Perancangan untuk bercuti dah ada tapi macamana dengan perancangan perjalanan? Disini korang boleh tengok jadual perjalanan yang diberikan oleh pihak PLUS. Korang rasa ramai orang ikut tak? Jai tak rasa ramai yang ikut. Mengikut pada trend tahun lepas yang dibuat oleh pihak PLUS, ada yang ikut, ada yang tak ikut. Pihak PLUS sudah menyediakan jadual untuk perjalanan bagi pengguna yang mahu gunakan lebuhraya Utara Selatan.
Ramai orang tak tahu sebenarnya semua highway dalam Malaysia bukan PLUS yang punya. Lebuhraya PLUS hanya untuk perjalanan utara selatan, maknanya dari KL menghala ke Kedah, KL ke Johor, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Seremban-Portdickson (SPDH), Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) dan Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor). Yang lain-lain tu bukan PLUS punya yer.
Ok, bagi yang menggunakan Lebuhraya PLUS, korang boleh tengok pada jadual yang telah dikeluarkan oleh pihak PLUS :
*Images Missing
Semua lorong tambah nilai Touch ‘n Go akan ditutup pada 29 Januari hingga 6 Februari 2011. Tambah nilai hanya boleh dibuat di R&R dan di Pusat Khidmat Pelanggan di plaza tol terpilih sahaja :
R&R Gunung Semanggol (Arah Selatan)
R&R Sungai Perak (Arah Utara)
Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Selatan)
R&R Ulu Bernam (Arah Selatan)
R&R Rawang (Arah Utara)
R&R Seremban (Kedua-dua Arah)
R&R Ayer Keroh (Kedua-dua Arah)
Waktu Operasi : 9.00 pagi – 9.00 malam
Status traffik Lebuhraya Utara Selatan boleh tengok di twitter : http://twitter.com/plustrafik
p/s : Kalau ada apa-apa yang korang tak faham, boleh tanya diruangan komen. Insyaalh Jai akan cuba bagi penjelasan sebab Jai sendiri yang kerja dengan PLUS dan pasal itulah Jai tak dapat cuti..he3
PERHATIAN!! Kebanyakan link luar dalam blog ini menggunakan sistem Adf.ly. Cara menggunakannya, klik pada link, tunggu 5 saat, kemudian tekan butang tanda "X" ataupun “SKIP AD” warna kuning bahagian atas kanan. Siap.
loading...
loading...
![deCrewz [dot] com](http://www.decrewz.com/wp-content/uploads/2012/03/Banner-New-copy-2.png)


78 Comments
3 hari jem teruk beb sampai hari isnin..aduiiii..
kita dah ada terlalu banyak kereta..so sekarang ni highway pun dah jadi sesak macam jalan biasa
Tau xpe.. Klu h/way buat jalan besar pun x guna jugak, keta pun makin bertambah sampai bila2…
p/s : Arini sakit hati kena hamun ngan user.. aaarrrggghhh.. Tension.. Klulah telefon tu x record, dah lama jai hamun balik..ha3
Oo.. jai keja dgn PLUS. Tak penah nampak pulak kt higway kalu mekar nk blk perak (gurau je jai!)
Mekar duk kat umah jer CNY. Td keluar ke KL, jln tak jem pun. Best ar kalu slalu mcmni!
Mna nak nampak, jai jaga plusline.. Dengar suara adalah..he3.
p/s : Jalan kat KL sekarang boleh gona lorong kanan dengan speeding 20 km/jam..ha3
Bro duduk mna, johor ke?
He3.. Samalah… Dah berterabur ntah kemana samapaikan x tau pun ada..