‘ Laa.. Aku ingatkan kau betul-betul buka blog aku, rupa-rupanya kau blogwalking cara kotor. Malas dah aku nak guna shoutbox kalau macam ni. Kalau ada siapa-siapa yang jerit dalam shoutbox aku, malas aku nak layan dah. Kecuali ada info penting buat aku,  barulah aku terjah. ‘

Kali ini Jai cuba nak bongkarkan taktik kotor penggunaan shoutbox. Bagi yang dah tahu, anggaplah ianya sebagai tambahan. Jangan tanya Jai dimana Jai jumpa, Jai hanya sekadar buat kajian pada penggunaan shoutbox.

Korang semua sedia maklum betapa besarnya pengguna shoutbox dalam blog korang. Apa tujuannya. Untuk menarik traffik ke dalam blog korang, betul tak? Ada sesetengah blog, ianya dijadikan tempat untuk berbual atau perbincangan semata-mata, tak lebih dari itu.

Ok, malas Jai nak membebel panjang-panjang. Korang boleh klik pada link dibawah dan cuba korang kaji sekejap, sebab apa Jai cakap penipuan dalam shoutbox.

PENIPUAN DALAM SHOUTBOX

|

|

|

|

|

|

Ok, dah selesai korang kaji apa yang tak kena dengan link yang Jai buatkan? Itu kajian yang Jai buat untuk korang yang belum tahu lagi (ataupun Jai je yang lambat tahu?) Biar Jai jelaskan dulu ye. Bagi yang tak dapat tangkap apa yang tidak kena dengan blog yang korang buka tadi, sila baca sampai habis.

Blog yang korang buka tadi mengandungi 2 shoutbox dari 2 buah blog yang berlainan. Jai copy coding (daripasa Source Page) dan masukkan kedua-duanya dalam 1 page. Kalau nak banyak, mestilah kena cari banyak blog bukan? Bila korang jerit (post komen) dalam kotak tu, cuba klik nama yang berada diatas shoutbox tersebut. Hasilnya.. Apa yang korang taip tadi (dalam blog yang Jai buatkan) automatik akan keluar pada shoutbox blog asal.

Jadi, kesimpulannya, bagi yang malas sangat nak blogwalking buka blog orang lain, diorang akan copy source code shoutbox korang, kemudian masukkan dalam 1 page. Lain kali, diorang hanya cuma buka blog yang diorang buat sahaja, tak payah nak susah-susah buka blog korang sebab diorang dah ada shoutbox korang dalam satu blog. Ada faham tak?

Kelemahan bila buat taktik macam ni ialah, URL korang akan di ‘ban’!! Jadi, jangan buat.

Salah ke Jai nak kongsikan teknik ini? Kalau salah…. Cabut…….hu3 (takut kena parang)

p/s : Buat Mamat & Blossomvanilla, jai pinjam korang punya shoutbox ye untuk dibuat kajian. Nak  minta izin pun korang berdua dah tentu tido..he3

*Updated 09/01/2011.. Cara nak lock korang punya shoutbox boleh refer dalam blog AFFANRUSLAN-PENIPUAN PENGGUNAAN SHOUTMIX

BUAT DUIT LUMAYAN TANPA MODAL DI FACEBOOK!!

PERHATIAN!! Kebanyakan link luar dalam blog ini menggunakan sistem Adf.ly. Cara menggunakannya, klik pada linktunggu 5 saat, kemudian tekan butang  tanda "X" ataupun “SKIP AD” warna kuning bahagian atas kanan. Siap.


GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...