Seperti yang semua sedia maklum, Anugerah Industri Muzik Yang Ke-18 ( AIM 18 ) akan bersiaran secara langsung (live) di Astro Ria Saluran 104 bermula jam 9 malam 12 November 2011.
Senarai Calon AIM18 boleh lihat DISINI.
AIM 18 ini akan diadakan di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur. AIM 18 merupakan acara kemuncak gilang-gemilang anugerah pencapaian industri muzik tanahair dan membawa tema “Bergemerlapan & Glamour”.
Bagi mereka yang memiliki Astro dirumah, ikuti Anugerah Industri Muzik ke-18 melalui perkhidmatan interaktif butang “R” di kaca TV anda ! Hanya dengan menggunakan alat kawalan jauh (“remote control”) ASTRO anda boleh mendapatkan informasi mengenai AIM 18! Eksklusif di Astro RIA (saluran 104)
Pengisian menu interaktif utama bagi Butang R di saluran Astro RIA adalah seperti berikut:
- Pilih menu 1 untuk AIM 18( Info-info mengenai AIM ke-18)
- Pilih menu 2 untuk Pencalonan (Info-info mengenai pencalonan-pencalonan di AIM 18)
- Pilih menu 3 untuk Trivia (Trivia mengenai Anugerah Industri Muzik )
- Pilih menu 4 untuk Penaja (Info mengenai penaja AIM ke-18)
Difahamkan, Greyson Chance dan Najwa Latiff akan membuat persembahan dalam AIM18 nanti. Apakah persamamaan kedua-dua mereka hingga diberikan kepercayaan untuk membuat persembahan. Kedua-duanya adalah artis yang popular melalui youtube iaitu Artis youtube Amerika dan Malaysia. Greyson Chance merupakan penyanyi muda berusia 14 tahun cukup popular di youtube dan videonya sudahpun dilihat sebanyak 43 juta kali.
Anda juga boleh dengar melalui radio Era iaitu radio rasmi Anugerah Industri Muzik Malaysia Ke-18.
Untuk live streaming AMI18, klik pada link dibawah :
Siaran Langsung | Live Streaming AIM 18 | 12 November 2011
PERHATIAN!! Kebanyakan link luar dalam blog ini menggunakan sistem Adf.ly. Cara menggunakannya, klik pada link, tunggu 5 saat, kemudian tekan butang tanda "X" ataupun “SKIP AD” warna kuning bahagian atas kanan. Siap.
loading...
loading...
![deCrewz [dot] com](http://www.decrewz.com/wp-content/uploads/2012/03/Banner-New-copy-2.png)


3 Comments
aku nak tgk AIM 2011 ni sebab ada Greyson Chance je.. ahahaha
Aku baru 1st time dgr nama dia..ha3
Baguslah kalau macam tu … siapa yang ada bakat dah tak perlu lagi ikut rancangan realiti tetapi boleh tunjukkan kebolehan mereka melalui medium youtube … satu hari nanti b3njy nak try jugalah … kau macam mana Jai ? tak nak try ke ?