Keputusan STPM 2011
Berita baik buat adik-adik lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bakal mengeluarkan keputusan peperiksaan berkenaan pada hari Rabu depan, 7 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.
KUALA LUMPUR – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 akan diumumkan Rabu depan.
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini Khamis berkata calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.
Calon-calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM Result No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.
Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada tarikh tersebut.
Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pada tarikh yang sama pada pukul 12 tengah hari di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.
Tahun lepas 50,602 calon menduduki peperiksaan STPM. Daripada jumlah itu, 46,817 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,266 calon sekolah swasta dan 2,519 calon persendirian. – BERNAMA
Maklumat lanjut tentang cara semak keputusan STPM 2011 secara online dan SMS sila rujuk disini :
Semak Keputusan STPM 2011 Secara Online Dan SMS
Selamat berjaya buat adik-adik..
PERHATIAN!! Kebanyakan link luar dalam blog ini menggunakan sistem Adf.ly. Cara menggunakannya, klik pada link, tunggu 5 saat, kemudian tekan butang tanda "X" ataupun “SKIP AD” warna kuning bahagian atas kanan. Siap.
loading...
loading...
![deCrewz [dot] com](http://www.decrewz.com/wp-content/uploads/2012/03/Banner-New-copy-2.png)


0 Comments
You can be the first one to leave a comment.