Tarikh & Tempat Lihat Anak Bulan
Tak sabar rasanya nak menyambut bulan puasa tahun ini. Tahun ini tahun pertama aku berpuasa bersama orang baru dalam keluarga. Harap-harap puasa dan raya tahun ini lebih meriah dari tahun lepas. Tapi sejarah sebelum lihat anak bulan iaitu pada 30 Julai tarikh peringatan apabila adikku pergi kerahmatullah dalam kemalangan di Mersing.
Tarikh lihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat / lokasi lihat anak bulan adalah :
- Johor - Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi.
- Melaka - Tanjung Bidara.
- Negeri Sembilan - Teluk Kemang.
- Selangor - Bukit Melawati ,Pulau Angsa,Bukit Jugra, Balai Cerap , Sabak Bernam.
- Perak - Pantai Pasir Panjang
- Pulau Pinang - Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh.
- Kedah - Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Menara Alor Setar.
- Terengganu - Bukit Besar, Kuala Terengganu , Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian, Balai Cerap KUSZA, Setiu.
- Kelantan - Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai. Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu.
- Sarawak - Tanjung Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching, Tanjung Batu, Bintulu.
- Sabah - Balai Cerap Al-Biruni, Putatan.
- Pahang – Bukit Tanjung Batu, Nenasi ,Gunung Berincang, Cameron Highlands , Bukit Pelindong, Kuantan.
- Selain itu, tempat lihat anak bulan turut meliputi Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan)
- Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru
- Simpang Empat (Perlis)
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa selepas lihat anak bulan akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam 31 Julai 2011 di RTM/TV3 dan Astro.
PERHATIAN!! Kebanyakan link luar dalam blog ini menggunakan sistem Adf.ly. Cara menggunakannya, klik pada link, tunggu 5 saat, kemudian tekan butang tanda "X" ataupun “SKIP AD” warna kuning bahagian atas kanan. Siap.
loading...
loading...
![deCrewz [dot] com](http://www.decrewz.com/wp-content/uploads/2012/03/Banner-New-copy-2.png)


3 Comments
[...] [...]
arrayah.info – Lokasi Lihat Anak Bulan Bukan Rujuk Hanya di Malaysia Sahaja
tak sabar pulak rasenyer nak puasakan…