Salam.. Lama tak update entry.. Tangan ni dah mula gatal nak menaip tapi apakan daya, di kampungku hanya ada Streamyx 1 line je, itupun berebut dengan adik, dia guna, Jai menganga. Rindunya pada lappy Jai, tapi tertinggal la pulak kat KL. Lama Jai tak balik kampung, rindu sangat dengan beruk yang ayah Jai jumpa masa pergi menoreh. Sekarang dah besar, pandai bercakap dah..ha3.

Sebenarnya Jai kekeringan idea nak menulis entry, mengarut-mengarut nanti orang menyampah pulak tapi Jai ingat jugak pesanan seorang blogger (lupa pulak nama dia), katanya update je apa-apa walaupun entry tu bertajuk kering idea, mesti ada orang nak datang sebab nak tinggalkan backlink tapi betul ke? Jai memang kurang arif pasal ni.

Korang kering idea? Tak tahu nak buat entry pasal apa? Jai cuma nak kongsi dengan korang beberapa tips untuk yang kekeringan idea (ceh, Jai sendiri pun kering idea, lagi nak kongsi dengan korang). Kalau yang otai-otai tu, mustahil kering idea kan? Kadang-kadang sampai satu tahap otai-otai pun kering idea juga kan. Bagi newbie macam Jai, korang boleh cuba beberapa tips ini :

Buat Contest.

Cuba korang fikir satu contest yang lain dari yang lain (aarrggghhh kena fikir jugak). Janganlah asyik contest yang sama je, nanti jemu pulak orang nak join. Lepas buat kontest, paksa orang join. Ada berani? Cuba buat contest macam Ben Shaari, harini buat, harini juga tamat..he3.

Join Contest

Sekarang ini rasanya musim contest kot. Jai dapat tengok bermacam-macam contest yang blogger anjurkan untuk awal tahun 2011 ini. Korang rasa korang berbakat dan layak, join je. Tapi kena ingat, jangan jadi tamak tak macam orang, sikit-sikit sudah, nanti tak terkejar. Kalau rasa diri tu dah ‘terer’, join je semua. Kalau dah taknak sangat join kontest, tolong promote kontest orang lain je, tak payah pening-pening nak fikir apa nak tulis kan.

Buat Tutorial

Tak salah korang nak buat tutorial. Jangan ingat semua blogger dah pandai, korang tak perlu nak buat tutorial. Ini bukan nak memaksa korang buat tutorial tapi fikirkan diluar sana ramai lagi yang nak cuba-cuba buat blog, tapi tak reti. Sikit-sikit diorang tanya korang. Apa salahnya apa yang diorang tanya tu korang boleh buat 1 entry pasal tutorial. Memang betul mereka boleh search dalam google, tapi biarkan mereka yang nak sangat buat blog tu biasakan diri dengan korang, ini akan membuatkan mereka menjadi pelawat dan kawan korang. Biar korang jadi mentor walaupun hanya sedikit sahaja ilmu yang korang tahu, tapi ianya cukup berbaloi bagi mereka.

Buat Ulasan

Pernah tengok YouTube? Baca majalah, suratkabar? Daripada sumber-sumber tu pun korang boleh sumbat dalam entry korang. Tak kiasah la samada menarik ataupun tidak. Sekurang-kurangnya update juga blog korang daripada bersawang kan. Tapi kena ingat, cara penulisan korang amatlah penting, janganlah sampai membosankan pembaca. Kalau nak buat ulasan pasal artis, jangan pandai-pandai bagi pendapat yang macam-macam yer sampai boleh menimbulkan fitnah. Korang nak ke tanggung dosa disebabkan sebuah blog? Gambar pulak janganlah nak sibuk-sibuk nak paparkan yang ‘cekci-cekci’. Dosanya harap maklum yer, tak nak Jai ulas panjang-panjang lagi.

Berangan

Korang pernah berangan? Tipulah kalau korang tak pernah berangan. Tak pernah tercapai apa yang korang angan-angankan? Korang boleh luahkan dalam entry. Tapi rasanya sesuai untuk blog yang berbentuk personal/peribadi sahaja. Kalau malu nak luahkan, diam-diam sudah..ha3.

Idea Member

Tolonglah jangan jadi katak bawah tempurung. Jenguk dunia luar. Janganlah jauh-jauh, dekat-dekat sudah. Contohnya kawan-kawan. Kadang-kadang apa sahaja isu yang korang bualkan dengan kawan korang boleh dijadikan sumber inspirasi untuk korang upadate entry. Kalau tak mahu jauh-jauh, sesama blogger pun kadang-kadang boleh mencetuskan satu idea yang menarik.


Cukuplah setakat ini dulu. Daripada kering idea, dah penuh idea pula nak tulis panjang-panjang. Jai tak nak korang bosan pula baca entry Jai. Paling penting sebelum memulakan apa-apa kerja mestilah dimulakan dengan ‘Bismillah’. Samalah dengan menulis blog. Baca ‘Bismillah’, Insyaalah, daripada kering idea, terus penuh idea. Boleh amalkan dan sila amalkan ye.

BUAT DUIT LUMAYAN TANPA MODAL DI FACEBOOK!!

PERHATIAN!! Kebanyakan link luar dalam blog ini menggunakan sistem Adf.ly. Cara menggunakannya, klik pada linktunggu 5 saat, kemudian tekan butang  tanda "X" ataupun “SKIP AD” warna kuning bahagian atas kanan. Siap.


GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...